Tuesday, April 12, 2011

Kek Alunan Kasih





Kek Alunan Kasih....bukan main romantiknya nama kek ini, kan? Resepi ini saya cedok dari blog Yatie (yatiememories). Resepi asal ialah daripada Puan Mastura Yasak (Kongsi Resepi @ FB). Juga boleh didapati di blog Am (serojakitchen) dan Nor(secubitgaram).

Bahan-bahan :
  • 250gm mentega
  • 2 cawan gula halus - saya gunakan 1 ½ cawan sahaja
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 ½ cawan tepung gandum (*)
  • 2 sudu teh baking powder (*) ~ (*) diayak bersama
  • ½ cawan susu cair
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Serbuk koko secukupnya
  • Pewarna mengikut citarasa sendiri
  • Sediakan tapis teh yang halus - untuk ayak serbuk koko




Cara-cara : 
  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
  2. Masukan telur satu persatu dan pukul sampai kembang.
  3. Masukan esen vanilla dan susu cair, gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Bahagikan kepada tiga bahagian. Campurkan pewarna pilihan pada setiap bahagian.
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung. Masukan adunan pertama dan ratakan. Ayak nipis2 serbuk koko ke atas adunan yang telah diratakan.
  6. Kemudaian masukan lapisan kedua dan ratakan perlahan2 (jangan sampai serbuk koko di lapisan pertama tadi terangkat). Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
  7. Masukkan pula lapisan ketiga dan ratakan. Lapisan terakhir ini tidak perlu diayak serbuk koko di atasnya.
  8. Bakar lebih kurang 45 minit pada suhu 160 Degree mengikut oven masing2.

Nota :
Nak dapatkan teknik melapis, silalah ke blog Yatie (yatiememories)...ada ditunjukkan cara untuk melapis.


6 comments:

Mas said...

cantiknya kek alunan kasih tu..
siap ada topping coklat ngan buah lagi..
sedappnya...

Ummi said...

sedapnya kek tu rona rini la ....hehehe

Isteri @ Ibu Cute said...

Salam kenal...Cantiknya kek mest sedapkan..kek saya tak pernah cuba buat..pernah buat hasilnya tak sedap...

Kak Rose said...

Salam kenal Azita, banyaknya kek kat sini... menggoda sungguh!

Azita Zain said...

Mas :
originally mmg takde topping tp sbb nak sambut birthday anak akak, akak letak jer topping tu. lps tu cari buah2 fresh skit...

Ummi :
warna warni tu boleh tarik minat utk merasainya...

Ibu Cute :
salam ukhuwah...say cuba buat ikut resepi yg ada...sekadar mencuba...

Kak Rose :
salam ukhuwah...

cik cek said...

Salam kenal2 dari kak cek....

bestnya....macam2 kek ada...tak tau nak pilih mana satu...sumenya nampak sedap....